PPP SIB KUANTAN

Posts Tagged ‘excellent servant camp

Shallom… Apa khabar? Jawab gini ah: “DAHYSAT, LUAR BIASA, YES3X”. Seperti yang kita tahu ESC telah diadakan 24-26 July 2009 di Hotel Mega View di Kuantan Pahang. Seramai 70 orang telah menyertai Kem ini dan kebanyakan adalah dari Gereja SIB Kuantan yang mana Gereja SIB Kuantan juga yang menjadi Penganjur Kem ESC pada kali ini.

Kem ini telah banyak mengubah para peserta dalam banyak perkara. Salah satunya iaitu mengenai Hati Nuraini. Saya juga adalah salah seorang peserta dan saya dapat melihat respon peserta yang sangat baik. Selain itu juga, peserta kem ini diajar untuk menjadi hamba yang melayani dengan excellent.

Walaupun Kem ESC ini telah berlalu, saya percaya ada satu hal yang peserta-peserta ESC dapat pelajari dan itu tidak sia-sia. Bak kata Pr. Simon, nilai yuran yang dibayar untuk mengikuti kem ini tidak mampu dibanding apa yang telah peserta-peserta sepanjang sesi ESC ini. Saya sendiri sangat diberkati dan banyak perkara yang telah saya pelajari walaupun ini kedua kali saya mengikuti kem ESC ini.

Saya berharap peserta-peserta ESC tidak hanya bersemangat dalam ESC tapi biarlah kita terus menjadi hamba Tuhan yang melayani dengan EXCELLENT. TUHAN MEMBERKATI KITA SEMUA. AMIN.

P/S gambar tidak dapat diuploadkan sebab videocam yang digunakan adalah kepunyaan bro jonel. oleh kerana bro. jonel telah berpindah ke tempat kerja yang baru, gambar tidak sempat diambil. kalau ada kesempatan, gambar ESC ini akan diuploadkan dalam masa yang akan datang.


RSS 1

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.